Tuesday, April 1, 2008

RAHSIA GARAM LAUT MATI

Artikel Dewan Komik - No. 3
Jun 2001


Rahsia Garam Laut Mati
Oleh Dr Norhisham Wahab

Di dunia ini unsur atom yang paling banyak kegunaannya ialah garam. Pada suatu ketika dahulu, garam adalah suatu bahan yang amat bernilai. Garam dijadikan barang pertukaran untuk mendapatkan barangan lain. Dari segi sains fizik, garam mempunyai getaran dalam nada frekuensi yang amat langsing, tinggi dan halus. Warna biru dalam hukum fizik mengeluarkan nada atau bunyi-bunyian. Garam mempunyai tekanan yang tinggi dan ada juga mempunyai tekanan yang rendah dan ini boleh memudaratkan mereka yang mempunyai penyakit yang sedia ada. Garam yang mempunyai nilai potassium yang amat tinggi seperti garam bukit yang amat masin dan digemari binatang-binatang di dalam hutan terbukti amat baik untuk amat kesihatan. Garam rendah seperti sodium pula dapat meneutralkan asid dan gas dalam badan. Laut mati yang amat masin mempunyai fungsi yang sama. Orang-orang tua zaman dahulu menggunakan garam sebagai petua menghalau unsur-unsur tekanan darah dalam julat frekuensi yang besar dan perlahan serta panas sebelum memasuki rumah kosong atau rumah baru yang telah lama tidak diduduki.

Getaran tenaga dalam tubuh manusia banyak persamaan dalam frekuensi bunyi garam. Garam sebenarnya dijadikan sebagai peneutral kepada bahan-bahan yang berasid. As-Sunnah atau amalan Nabi S.W dan orang-orang tua mempraktikkan secubit garam ke dalam lidah sebelum dan selepas makan untuk memastikan bahan-bahan pemakanan yang rendah frekuensinya menjadi lebih tinggi. Rasa atau zat makanan akan dapat dimaksimumkan kerana enzim di dalam perut turut meningkat dengan keperluan sistem penghadaman. Dari itu kita dapat mengelakkan daripada beberapa penyakit seperti gastrik yang disebabkan oleh asid amino yang berlebihan.
Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap. Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.
Perakam Tenaga BunyiManusia sememangnya secara semulajadi mempunyai frekuensi bunyi yang amat berbeza di dalam tubuh. Oleh itu, tubuh perlu melakukan amalan ini. Belum ada fakta saintifik yang rasmi mengatakan garam adalah penyebab tekanan darah tinggi dan punca segala penyakit berjangkit. Tetepi valensi atau gabungan antara garam dan pemakanan masam akan membantu keasidan dan keraacunan yang menyebabkan pembiakan bakteria yang tidak diperlukan di dalam usus. Garam sebenarnya amat berfaedah kepada manusia. Hukum fizik meletakkan garam sebagai perakam tenaga bunyi yang dirakam pada kristal dan tulang belulang di dalam tubuh.

Tulang sulbi manusia yang terletak di bahagian pinggul juga adalah satu kristal yang akan merangsang deria seksual. Garam adalah pemangkin atau penggalak kepada mana-mana unsur yang lemah. Garam akan melunturkan atau meleraikan kekotoran dan ia amat berkesan di dalam kuasa pembersih yang amat penting di zaman ini. Garam mempunyai kuasa peluntur yang mesra alam atau dapat diterima semula untuk menyuburkan tanah.
Garam dalam konsep mandian seperti di Laut Mati sebenarnya adalah teori pemendapan basah. Semua radiasi yang berada dalam tubuh manusia akan terlerai dan terserap ke dalam air serta dirakam di dalam bumi atau tanah. Seumpama buah oren yang masam atau buah yang mengandungi vitamin C berlebihan akan dapat dineutralkan asidnya jika direndam ke dalam ais yang bergaram. Anda yang berpenyakit sepatutnya berendam di dalam air garam yang mempunyai ais dengan rakaman tenaga getaran ros putih sebagai pemangkin untuk merangsang kelajuan sistem saraf bagi membolehkan pergerakan elektron dan proton di dalam dan luar tubuh manusia. Anda pasti merasa segar di samping memiliki kulit yang halus serta tulang yang kuat.

Perut yang berasid akan membuatkan sistem otot, tulang dan saraf teroksid dan ini akan membuatkan si pesakit menjadi kejang, lengoh, kebas, sengal-sengal, bisa-bisa tulang dan sebagainya. Keadaan ini akan mengganggu tidur dan konsentrasi. Jika ini berterusan, pesakit akan menghadapi tekanan fikiran yang menjadi penyebab kepada tekanan darah.
Jika dibuat perbandingan dalam apa juga sudut semulajadi mengenai lautan, Laut Mati merupakan sebuah tasik yang amat berbeza dengan mana-mana lautan yang ada di muka bumi ini. Dari sudut sains fizik di bahagian dasarnya mempunyai tekanan yang paling tinggi manakala pada bahagian atas permukaannya pula mempunyai tekanan yang rendah. Pergerakan ke atas berlaku pada kadar yang amat kuat dan ini tidak membenarkan tarikan graviti berlaku secara biasa.

Ini menyedarkan kita tentang reaksi air dalam mengeluarkan kawasan angin dalam lingkungan yang lain untuk mempertahankan bumi ini. Tubuh atau bumi mempunyai frekuensi bunyi yang berbagai-bagai tetapi apabila tidak dialirkan daengan ais sebagai penstabil maka ia tidak subur apatah lagi manusia semakin hari semakin tidak sihat. Adalah memeranjatkan bilamana di dapati bahagian dasarnya mempunyai kandungan garam yang masin sehingga tidak membenarkan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan melakukan fotosintesis bagi mengeluarkan oksigen. Bahagian dasarnya lebih sejuk dengan warna biru kehitaman, walaupun ia tidak sedalam seperti di mana-mana lautan. Frekuensi bunyi dalam julat di bawah 20Hz membuatkan bahagian dasarnya menjadi lebih stabil.

Orang yang berpenyakit sebenarnya mempunyai banyak kandungan asid dan gas di dalam badanya. Di dalam keadaan yang tidak stabil ini bahagian perut akan mengalami suhu yang tinggi dengan tekanan yang rendah. Sesuatu objek atau bahantara mendadak akibat daripada pembiakan bakteria yang berlebihan mengeluarkan gas lengai.
Faktor yang membuatkan tubuh hilang kekuatan, graviti atau keseimbangan yang sepatutnya berada pada tenaga asli yang sebenarnya. Amalan merasa secubit garam sebelum dan sesudah makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan di pam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang. Berendam dengan air garam akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan sistem darah. Kadar pengoksidan di dalam darah juga akan menjadi tidak seimbang dan ini akan mendedahkan tubuh kepada pelbagai tekanan. Manfaat mandian cara ini akan menjimatkan perbelanjaan daripada pemakanan kesihatan 0.4 mg asid folik, 2 mg vitamin B6, vitamin B12 dan vitamin B yang lain serta vitamin B Kompleks. Teori fizik membuat kesimpulan bahawa apabila kita berada di permukaan Laut Mati maka tubuh dengan reseptor kulit akan menyerap dan merakamkan semula suhu dan tekanan di dalam tubuh pada tahap asal.

Ini bermakna tubuh yang dipenuhi racun dan bahan kimia hasil daripada pembiakan bakteria yang mengeluarkan asid berlebihan sehingga terbentuk gas-gas yang menyerap oksigen akan mendapat tenaga semulajadi yang asli. Orang yang berpenyakit lebih sensitif untuk merasai berbezaan semasa melakukan aktiviti terapung di atas permukaan Laut Mati.

Suatu hari nanti Semenanjung Arab akan menjadi kawasan yang amat subur hasil gerakan ais dari utara menuju Laut Mati dan Laut Mediteranean serta hasil julatnya atau garam dan ais inilah kesuburan tanah persekitarannya akan terjadi secara luar biasa. Rahsia ais dalam mengeluarkan kawasan kuasa angin dalam frekkuensi bunyi yang berbagai-bagai, tetapi apabila tidak dipertenagakan dengan pertemuan ais dan garam maka tanah tidak menjadi subur apatah lagi manusia yang semakin tua dan uzur.

SINGKAP RAHSIA PENYAKIT

Artikel akhbar - No. 1
Berita Minggu, Ahad, 3 September 2000Ruangan Perspektif Perubatan


CVT SINGKAP RAHSIA PENYAKIT
Oleh Dr Norhisham Wahab

Setiap penyakit ada penawarnya kerana ia ketentuan Ilahi manakala manusia pula perlu mengkaji dan memehami ketetapan dan peraturan-Nya untuk menyingkap setiap rahsia. Percayakah anda ubat atau penawar sudah ada atau wujud dalam tubuh anda sendiri.

Rahsia penawar sesuatu penyakit itu berpunca daripada apa yang dilihat, dengar, fikir dan rasa iaitu melalui perbuatan mahu pun amalan. Itulah racun dan itulah juga penawarnya. Penemuan saintis dalam pelbagai bidang sebenarnya diasaskan saintis Islam pada zaman kegemilangan Islam lagi. Penemuan dalam bidang perubatan seperti fizik, kimia, biologi dan matematik diperkemaskan olih saintis Barat sehingga mampu mencipta perubatan canggih ketika ini.

Bagaimanapun, penemuan itu hanya membabitkan pengaruh luaran walhal sesuatu perubatan itu menjadi lengkap apabila ia membabitkan kedua-dua pengaruh luaran dan dalaman.

Saya temui teknologi rawatan terbaru dan pertama di dunia, sebagai rawatan pelengkap terhadap perubatan moden yang sedia ada. Kajian asas secara perubatan terapi getaran warna (CVT) ini membongkar pelbagai rahsia ketetapan dan peraturan hukum alam. Ketetapan dan peraturan ini berkait rapat dengan unsur kejadian (hakikat) angin, api, air dan tanah yang bermula dari cakerawala sehingga ke bawah (bumi) dan kejadian manusia.

Dari istilah sains kimia keempat-empat unsur itu dikenali sebagai nitrogen, oksigen, hidrogen dan karbon manakala dari istilah fiziks dikenali sebagai cahaya, haba, kimia dan magnet. CVT mengkaji keempat-empat unsur tadi mengenai kedudukannya daripada cakerawala sehingga kebumi dari perspektif kimia dan fiziks yang tiada batasannya.

Segalanya dicipta oleh Pencipta alam ini dengan nilai susunan yang sangat halus lagi unik dan sukar untuk difahami oleh akal logik manusia kerana setiap suatu ciptaan itu mempunyai pengertian tersendiri. Ciptaan Allah ini disusuli dengan ketetapan dan peraturanNya. Jika berlaku sesuatu pencerobohan maka berlaku juga iktibarnya iaitu bencana atau penyakit sama ada kepada alam mahu pun kepada manusia. Terlalu banyak berfikir tetapi masih juga berakhir dengan kekeliruan sebab penggunaan tenaga yang melebihi had yang menyebabkan organ dalam tubuh tidak lagi dapat menjalankan fungsinya untuk memproses zat makanan. Akibatnya makanan yang gagal diproses dengan sempurna menjadi racun yang akan membuatkan anda bertambah risau.

Rahsia mandian pati bunga Seri Wajah. Dari sudut konsep dan prinsipnya terdapat hubungan berikut di antara alam dan manusia. Alam adalah pengaruh luaran dan manusia itu sendiri adalah pengaruh dalaman manakala yang memegang kunci pengimbang ialah deria atau pancaindera. Derialah yang menjadi penganalisis maklumat tenaga yang masuk dan keluar daripada tubuh. Deria ialah pengimbang yang cekap, terutamanya bulu roma. Kecekapan deria ini sebagai reseptor boleh dipastikan jika bulu roma atau kulit kita selalu basah dan tidak terdedah kepada udara kotor atau cahaya matahari yang keterlaluan. Dengan mengambil wuduk lima kali sehari sudah cukup untuk membuktikan Islam itu amat saintifik bagi menghormati rahsia keajaiban air.

Seri Wajah mengandungi pati bunga yang ditambah dengan getaran tenaga gelombang tinggi. Kita tidak perlu memilih dan memetik bunga untuk tujuan mandi bunga kerana masyarakat kita tidak diajar mengenali jenis bunga yang menjadi penawar atau pun sebaliknya. Tambahan pula, waktu dan cara memetik bunga juga perlu diketahui jika tidak getaran bunga itu berpindah bentuk dan tidak asli lagi. Umpamanya, kelopak bunga yang ganjil dengan warna penyakit, perlu disesuaikan untuk tidak mencernakan warna aura persekitaran tubuh yang sudah stabil. Kesilapan dalam penggunaan jenis dan warna bunga boleh membawa mudarat yang amat merugikan.

Penggunaan Seri Wajah yang konsisten mampu melegakan pelbagai masalah spiritual, emosi dan mental. Gelombang frekuensi tinggi yang amat laju yang terdapat dalam esen Seri Wajah ini membolehkan ia menstabil dan menjalankan fungsi organ dalaman ke tahap asal. Rasionalnya ialah penyakit kronik yang membabitkan kegagalan fungsi organ dapat dibina semula walaupun ia mengalami kerosakan tisu seperti kanser. Mandian dengan Seri Wajah pula akan menjana semula isyarat atau komunikasi tubuh secara dua hala iaitu perhubungan sistem endokrin dan sistem saraf.


MEMULIH GANGGUAN DALAM BADAN

Artikel akhbar - No. 3
Berita Minggu, Ahad, 17 September 2000 Ruangan Perspektif Perubatan


MEMULIH GANGGUAN DALAM BADAN
Oleh Dr Norhisham Wahab

Setiap keluhan penyakit menunjukkan ketidakseimbangan tenaga di dalam diri manusia dan persekitarannya. Untuk penyembuhan bererti ketepatan diperlukan bagi mencari sasaran kawasan yang mengalami ketidaksembangan atau ketidakselarasan tenaga dan perlu digantikan dengan frekuensi tenaga sebenar.

Kekuatan formula Terapi Getaran Warna (CVT) berupaya meniru, merakam, menyerap dan memerangkap semula frekuensi tenaga persekitaran atau unsur kehidupan ke dalam bentuk getaran cahaya pada kadar dosis yang amat rendah, kecil dan halus sehingga boleh mencapai dan menyamai frekuensi tenaga dalam pecahan-pecahan zarah yang berkitar didalam tubuh manusia.

Kekuatan tenaga yang sebenarnya terletak pada kelajuan frekuensi sehingga tiada bandingan ukuran. Inilah yang memegang dan menguasai tahap atasan atau bahagian kerohanian seperti spiritual, emosi dan mental. Sebenarnya perkara meniru, menyerap, merakam dan memerangkap gelombang tenaga cahaya adalah perkara yang sukar diterima akal.

CVT percaya jika ubat masih mempunyai kandungan kimia, ia pasti akan meninggalkan kesan sampingan bagi setiap unsur. Kimia yang menyerap kimia akhirnya bertukar menjadi racun.

CVT memegang prinsip, tubuh manusia adalah kesatuan tenaga yang mempunyai keajaiban dalam suatu kuasa ghaib yang amat sukar diukur, dilihat, dirasa tetapi mempunyai ukuran tersendiri.

CVT mempunyai teknik mengenalpasti latar belakang pesakit dengan melihat kepada aspek keseluruhan seperti,

Tahap psikologi dan personaliti.
Pola hidup.
Pola tidur.
Persekitaran dan kedudukan rumah.
Pengalaman atau kejutan lama.
Kemalangan lama yang dilupakan.
Faktor cuaca.
Ransangan tenaga berlebihan.
Keluhan dan tekanan berterusan.
Jenis rawatan lama dan terdahulu.
Corak dan masa kesakitan.
Suhu tubuh di bahagian luar dan dalam.
Amalan pemakanan.
Alahan atau amat sensitif.
Cara buang air besar atau kecil.
Gejala atau kesan.
Keturunan.
Hubungan seksual suami isteri.
Warna, rumah dan bilik tidur.

CVT menganggap kuasa atau tenaga rawatan disifatkan sebagai anggota tubuh pada setiap organ itu sendiri. Contohnya, jika hati yang rosak atau sakit, maka hati itu akan bertindak sebagai jentera canggih yang akan merawat sel di dalam tubuhnya. Organ lain yang berkaitan perlu diberi ransangan serentak agar ia dapat berfungsi. Dalam hal ini rawatan itu sendiri harus menyeluruh.

‘Penyakit yang dikatakan racun itulah juga penawarnya’. Untuk menjadikan racun sebagai penawar maka dosisnya perlu diperkecilkan untuk mewujudkan getarannya saja. Menutup atau menyelimuti bahagian yang sakit supaya tidak terdedah kepada udara dan gelombang buruk akan mempercepatkan lagi rawatan dan mengurangkan kesan tidakbalas sebelum penyembuhan sepenuhnya.

Penggunaan getaran tenaga Seri Wajah dengan konsep hidroterapi tidak menganggu atau memberi kesan tindakbalas kepada bahagian tubuh yang sihat. Ini bermakna, mereka yang sihat akan menjadi imun kepada getaran yang tidak diperlukan. Rawatan getaran tenaga atau Aroma Therapy Vibration hanya memberi kesan kepada tubuh yang mengalami gangguan ketidakseimbangan tenaga dalaman saja.

MACAM MANA NAK KESAN HANTU.........

Artikel Dewan Kosmik - No. 2
April 2001

Bagaimana Mengesan Kehadiran Hantu?
Oleh Dr Norhisham Wahab

Hantu mempunyai gelombang dalam julat Frekuensi Ultrasonik terletak di atas paras melebihi 20KHz yang besar. Ini biasanya dihasilkan oleh geteran hablur-hablur seperti hablur kuartza. Frekuensi bunyi hantu ini juga mempunyai persamaan seperti frekuensi bunyi yang dikeluarkan oleh kelawar. Atas rasional ini adalah agak malang bagi pengemar batu-batu permata yang menyimpan batu permata yang berkualiti rendah dengan struktur atau susunan atomnya yang tidak kukuh atau tidak stabil sebagai tempat pelindung yang digemari semua unsur yang mempunyai tekanan yang rendah.

Dari segi Fizik, susunan atom yang tidak kukuh mempunyai frekuensi yang rendah. Frekuensi yang rendah ini pula hanya disukai oleh golongan jin. Pengamal perubatan tradisional misalnya, gemar menyimpan batu permata berwarna oren, merah, hitam dan kuning untuk tujuan seperti memerangkap tenaga asing. Berdasarkan kajian sains fizik, batu jenis ini mempunyai struktur atom yang kukuh dengan frekuensi rendah, perlahan dan digemari oleh unsur-unsur negetif. Namun batu permata yang berwarna merah jambu, ungu, putih, hijau dan biru didapati mempunyai struktur atom yang agak kukuh dan memiliki frekuensi bunyi yang tinggi serta laju.

Orang-orang di Barat mempercayai hantu yang digambarkan sebagai "Drakula" dalam lakonan cerita-cerita seram yang mempunyai kaitan dengan frekuensi cahaya bulan penuh yang sedang menurun mengikut kalendar Islam jatuh pada 16hb. dan 17hb. setiap bulan. Berlian yang keras dengan struktur atom yang berbentuk segitiga atau piramid pula mempunyai tenaga elektrik yang lebih berkuasa dan mampu memberi berbagai-bagai kelebihan malah dapat menjadi benteng atau perisai kepada si pemakainya. Ini kerana berlian memerima spektrum tenaga cahaya matahari (tujuh warna). Mereka yang memakai berlian asli sebagai barang hiasan akan mempunyai perasaan harmoni kerana spektrum warna matahari sama dengan yang ada dalam tubuh manusia. Fungsi berlian banyak digunakan terutamanya dalam tujuan membersihkan persekitaran dan dalaman tubuh yang mengalami pencemaran radiasi.

Hantu atau unsur tenaga yang lemah sebenarnya mencari kawasan udara yang berketumpatan rendah atau terlalu tinggi yang menghasilkan getaran pada kedudukan purata pada arah yang selari dengan arah rambatan gelombang. Tanda-tanda kawasan yang dikuasi oleh unsur-unsur tenaga lemah seperti kawasan yang berlumut, berbau busuk atau terlalu wangi, lembap atau terlalu kering dan panas, tempat sarang labah-labah atau terdapat serangga berbisa. Setiap kawasan-kawasan bersudut pada siling yang terlalu tinggi atau rendah dengan ruang yang sempit juga menjadi tempat yang disukai oleh unsur-unsur tenaga asing ini. Unsur tenaga asing ini juga dapat dilemahkan oleh AUDIBEL pada julat yang lebih kecil kurang daripada 20Hz. Bunyi ledakan gempa bumi dapat mengeluarkan belerang atau sulfur yang memerangkap unsur-unsur asing dan luar biasa ini. Selain itu, orang yang mempunyai semangat yang tinggi dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi seperti kepercayaan kepada kekuasaan Tuhan sebenarnya dapat mencipata kelajuan seperti diatas.

Garam atau kristal pula didapati hasil daripada bunyi yang amat ditakuti oleh unsur-unsur jahat ini. Garam laut Mediteranean dan laut mati mempunyai kekuatan kestabilan pada unsur darah tubuh iaitu sistem tulang. Orang-orang tua di zaman dahulu mempunyai banyak petua tentang kehebatan garam. Garam sebenarnya dapat meneutralkan unsur asid di dalam perut. Angin, gastrik, kejang, kesakitan dan bisa-bisa adalah berpunca daripada faktor kekurangan garam. Sebenarnya garam yang kita gunakan dalam masakan mengandungi banyak sodium berbanding garam yang terdapat pada laut Mediteranean yang didapati lebih semula jadi dan mengandungi banyak potasium. Pengambilan sodium yang berlebihan akan mengakibatkan pelbagai penyakit.

Garam atau sulfur amat ditakuti oleh segala binatang berbisa yang menjadi penawar atau teman kepada orang yang ingin memasuki hutan rimba. Ini kerana sulfur atau juga dikenali sebagai belerang ini mempunyai frekuensi bunyi yang amat laju tetapi masih tidak boleh dikesn oleh organ pendengarn manusia. Inilah sebabnya mengapa ahli sihir tidak boleh meramalkan bila gempa bumi akan berlaku.

Gempa bumi yang diakibatkan oleh aktiviti gunung berapi akan meluahkan larva atau belerang apabila meletus. Frekuensi bunyi yang tinggi pada belerang yang diluahkan kemudiannya akan memerangkap organisma yang mempunyai frekuensi bunyi yang lemah. Inilah sebabnya mengapa selepas sesebuah gunung berapi meletus kita akan mendapati virus atau bakteria membawa penyakit yang merbahaya memenuhi ruang kawah gunug berapi berkenaan.

Ayat Kursi mempunyai kelajuan gelombang yang dapat menjadi benteng kepada unsur-unsur jahat yang mempunyai gelombang jarak jauh dan perlahan. Iblis iaitu bapa segala jin dengan kuncu-kuncunya seperti syaitan yang berupaya melemahkan manusia menjadi was-was atau ragu-ragu dalam mencari ketenangan. Walau apapun iblis tetap satu bentuk tenaga yang boleh diubah atau ditukar bentuk dalam tenaga yang bergetar secara keseimbangan dalam gelombang dan frekuensi hijau. Orang yang berpuasa daripada makanan makanan berdarah dan hanya memakan sayur-sayuran (hijau) mempunyai deria yang amat peka kepada kedatangan unsur-unsur asing ini. Orang ini harus mempunyai kekuatan spiritual atau semangat agar ia dapat menepis daripada serangan tenaga asing yang sememangnya benci kepada keimanan atau kehijauan dalam frekuensi jantung. Hijau adalah warna keimanan atau perasaan. Orang yang mempunyai kekuatan iman dengan kelebihan budi (jantung) akan menjadi sasaran oleh unsur-unsur nafsu dan kejahatan ini. Warna hijau yang terletak pada titik tengah dalam frekuensi air dengan PH 7.5 yang neutral akan dicerobohi oleh unsur-unsur kejahatan untuk diubah menjadi frekuensi merah yang berasid.

Hantu tenaga asing ini sebenarnya boleh didapati di mana-mana sahaja tidak kira di udara, air, tanah, angin dan api. Jadi bagaimanakah caranya untuk memastikan unsur ini dapat dineutralkan dalam satu bentuk tenaga yang tidak menggangu? Frekuensi hantu boleh dikesan dengan menggunakan sejenis peralatan khas yang pelbagai reka bentuknya. Salah satu yang digunakan di negara ini ialah spektronanometer. Alat ini biasanya digunakan untuk melihat struktur batu-batan. Setiap elemen yang ditemui akan dinilai mengikut frekuensi warna dan getaran bunyi daripada ukuran tersebut akan dikenalasti sama ada kawasan berkenaan mempunyai frekuensi, tekanan dan struktur atom yang stabil atau sebaliknya. Kehadiran unsur asing dan hantu ini turut dapat dikesan oleh dera sentuh khususnya bulu roma yang berfungsi sebagai antena kepada manusia. Kehadiran unsur-unsur negatif ini akan membuatkan bulu roma berdiri tegak dan diikuti oleh perasaan seram.
Selain itu, bau-bauan berasap seperti kemenyan hitam yang sering digunakan dalam upacara pengkebumian atau pemujaan juga merupakan agen yang mengundang tenaga asing. Begitu juga dengan tempat tertutup yang tidak dimasuki oleh cahaya dan angin. Tempat-tempat ini turut merupakan faktor penarik kepada unsur-unsur asing ini.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina dengan membakar mercun dan membunyikan objek-objek tertentu dengan nada yang tinggi atau maksimum akan dapat memerangkap atau menghalau hantu kerana bunyi yang kuat sebenarnya mewujudkan kawasan tekanan rendah yang menjadi tarikan atau magnet kepada unsur asing ini yang juga mempunyai gelombang atau frekuensi dalam tekanan yang rendah. Tidak hairanlah sekiranya para bomoh yang hendak menangkap hantu menggunakan botol-botol kosong untuk menghasilkan bunyi. Botol-botol kosong ini sebenarnya telah mewujudkan satu bunyi atau tekanan rendah dan mudah memerangkap unsur-unsur negatif ini melalui satu arahan dari dalam hati dengan frekuensi yang penuh tenang dan tidak gementar.

Proses rambatan gelombang bunyi ini akan menghasilkan kawasan-kawasan regangan dan pemampatan molekul-molekul udara dan seterusnya mengakibatkan perubahan, ketumpatan dan tekanan di kawasan yang terlibat. Gelombang bunyi ini sebenarnya bersamaan dengan gelombang tekanan. Oleh itu, manusia harus bijak mencari titik keseimbangan yang harmoni untuk menjadikan kediaman mereka sesuai untuk didiami.

Penyingkiran Tenaga Asing . Sebagaimana seseorang yang telah terkena sihir atau mempunyai penyakit kronik. Sebenarnya di dalam tubuh si pesakit terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar telah wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah. Ini sememangnya akan mengundang pelbagai bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan dan gangguan fikiran. Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali. Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakkan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan. Selain itu, kaedah mantian pati bunga-bunga ros putih juga berkesan kerana bunga jenis ini mempunyai frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang yang tidak stabil di dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit.

Thursday, March 27, 2008

Emotional Quotient (EG)



Emotional Quotient (EQ)

Penjana kematangan dengan rahsia kebijaksanaan emosi melalui pemikiran otak kanan terutama bagi kanak-kanak. Pencetus kepada getaran semulajadi bahagian otak sebagai penyimpan segala memori sebelum dikeluarkan semula melalui proses yang tepat, pantas dan menyeluruh. Membantu meningkatkan daya dan tenaga terpendam di dalam tubuh di samping fizikal bagi mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

EQ amat bermanfaat untuk memperbaiki diri kanak-kanak sehingga ke tahap spiritual dan emosi yang mempengaruhi jiwa dan akal supaya lebih matang dan bijaksana di samping membina keperibadian mulia seperti menghormati diri dan orang lain malah alam sekeliling, menghargai kehidupan, berkesantunan, mengamalkan nilai-nilai murni kehidupan dan yang paling penting ialah memahami dan menghayati rahsia penciptaan oleh Maha Pencipta, Allah SWT.

Kaedah penggunaan :
Semburkan 3-5 kali ke dalam mulut atau di bawah lidah (Ulangkan 3 kali sehari). Gunakan menurut hari yang ditetapkan pada setiap botol iaitu waktu siang terdapat 7 botol mewakili setiap hari dan untuk waktu malam juga terdapat 7 botol yang digunakan pada sebelah malam.
Amalkan penggunaan EQ setiap hari. Kesan maksimum bagi kanak-kanak sebelum usia 15 tahun, namun boleh juga diambil oleh orang dewasa.

Belajar Melalui Jiwa / Imaginasi / Visual
Terdapat dua bahagian / hemisfera otak iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia. Terdapat individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kanan dan terdapat juga individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri. Gaya pemikiran otak kanan adalah lebih bebas dan rawak, lebih menyeluruh (holistik), intuisi, subjektif, sintesis dan abstrak. Gaya pemikiran otak kiri pula lebih kepada logik, rasional, analitik, objektif, berturutan dan spesifik. Ilmu yang mudah dilihat banyak menggunakan otak kiri contohnya ialah ilmu matematik dan ilmu yang berkaitan dengan otak kanan ialah ilmu seni muzik, sastera dan lukisan. Walau bagaimanapun, terdapat juga ilmu-ilmu yang menggabungkan pemikiran otak kiri dan kanan seperti ilmu-ilmu sains fizik, kimia, astronomi dan falsafah.
Jika dilihat daripada sudut pendidikan, kebanyakan sistem pendidikan yang terdapat di dunia lebih menjurus kepada aliran pemikiran otak kiri. Para pelajar di seluruh dunia dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan satu-satu tindakan berdasarkan logik, rasional dan yang mendapat pulangan materi semata-mata. Ciri-ciri pemikiran otak kiri lebih ketara apabila pelajar memasuki gerbang universiti. Jika dikategorikan dalam ilmu teknik berfikir, gaya berfikir menggunakan otak kiri ini bolehlah dikelaskan sebagai gaya pemikiran vertikal. Gaya berfikir seperti ini sangat-sangat memerlukan sebab-sebab rasional dan logik; segala keputusan mesti berdasarkan sebab dan akibat, pengalaman-pengalaman yang lalu dan mesti mempunyai rujukan; setiap idea mesti berasaskan logik dahulu kemudian baru boleh dilaksanakan.
Ringkasnya, segala idea dan imaginasi akan dikongkong oleh logik dan rasional. Para pelajar tidak akan bebas berfikir dan tidak mampu dan tidak berani melahirkan idea-idea baru apatah lagi idea-idea yang amat bertentangan dan dianggap pelik oleh individu-individu yang berfikiran konvensional. Fikiran konvensional adalah fikiran yang berasaskan pendapat-pendapat lama yang telah kukuh dan diterima ramai sebelum ini. Jika ada idea-idea baru yang dilahirkan pun hanyalah berbentuk inovatif atau ‘improvement’ daripada idea-idea sebelum ini, bukan berbentuk kreatif.

Boleh jadi pelajar, boleh cemerlang dalam akademik tetapi mungkin mereka tidak akan menghargai apa yang telah dipelajari. Sekiranya para pelajar dilatih lebih menggunakan otak kanan, mereka akan menjadi lebih kreatif dalam mengeluarkan idea. Idea-idea yang dilahirkan adalah lebih bebas, abstrak dan tidak terkongkong oleh fikiran-fikiran lama / konvensional.
Berbeza daripada corak pemikiran otak kiri, dalam gaya pemikiran otak kanan, logik dan rasional akan menyokong imaginasi bukan imaginasi menyokong logik dan rasional. Di dalam ilmu teknik berfikir, gaya pemikiran otak kanan ini dikenali sebagai gaya pemikiran lateral. Jika gaya pemikiran ini diterapkan dengan lebih sistematik di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan tinggi, maka kemajuan teknologi sudah pasti akan lebih terkehadapan daripada yang kita lihat hari ini.

Adalah tidak mustahil untuk melahirkan idea-idea yang tepat dengan menggunakan imaginasi tanpa melihat dengan lebih teliti tentang sesuatu perkara asalkan seseorang individu itu mempunyai asas yang cukup kukuh dalam sesuatu ilmu itu. Sebagai contoh, pada abad ke–12, terdapat seorang tokoh perubatan Islam yang amat terkenal di Mesir bernama Ibnu An-Nafis.
Ibnu An-Nafis adalah amat terkenal sebagai orang yang pertama di dunia yang menemukan peredaran darah dalam tubuh manusia. Beliau telah menggambarkan dengan tepat bagaimana darah dalam tubuh beredar daripada jantung ke paru-paru dan seterusnya kepada seluruh sistem-sistem tubuh yang lain. Anehnya ialah beliau tidak pernah membedah satu pun mayat manusia seumur hidupnya.

Jadi bagaimanakah beliau boleh menemukan idea ini ? Sudah tentulah beliau menggunakan imaginasinya setelah mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang perubatan. Beliau juga banyak membuat kritikan, ulasan dan pembetulan-pembetulan daripada ilmu-ilmu perubatan dari zaman Yunani seperti Galen dan juga tokoh-tokoh Islam lain seperti Al-Razi dan Ibnu Sina.

Kesimpulan, teknik pembelajaran secara menghafal tidak pratikal kerana lumrahnya apa yang dihafal itu akan luput daripada ingatan jika ia tidak diperlukan. Sebaliknya pembelajaran dengan menggunakan semua sistem deria iaitu mata, telinga, kulit, hidung dan lidah dapat merangsang daya berfikir (secara semula jadi).

Dalam hubungan ini CVT menerusi formula E.Q - E.Quotient iaitu larutan berasaskan air mengandungi hidrogen dan nitrogen memberikan tenaga dan khasiat kepada otak seperti susu ibu. E.Q - E.Quotient perlu disemburkan pada lidah akan memberi rangsangan kepada otak dengan lebih teratur yang secara tidak langsung menggalakkan individu itu menggunakan daya imaginasi serta visual mereka untuk belajar. E.Q - E.Quotient juga mengandungi magnesium, fosforus, potassium bagi dijadikan tenaga untuk merangsang sistem deria.
TEL/SMS doctormisteri 013 6667743 atau email / ym doctormisteri@yahoo.com

KEBAHGIAAN SEXUAL

Artikel Majalah Perempuan - No. 1

Februari 2002 - Ruangan Seks & Perkahwinan

'Kebahagian Seksual Penawar Segala Penyakit' - Dr NorhishamOleh Zainora Zakaria

Perasaan kasih sayang adalah satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Salah satu faktor utama yang menyuburkan kasih sayang adalah melalui hubungan seksual pasangan suami isteri. Hubungan seksual suami isteri yang disertai dengan perasaan kasih sayang juga adalah juga suatu rawatan semulajadi yang sediada dalam diri untuk kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual, demikian menurut Dr. Norhisham Wahab pakar pengamal perubatan 'Gelombang dan Warna' (Colour Vibration Therapy).

Kepuasan seks yang dinikmati oleh setiap pasangan ternyata mempunyai satu keajaiban dalaman seseorang. Ia mampu menghindari masalah tekanan, sakit kepala, marah, malah memberikan keceriaan dan penampilan serta rahsia awet muda. Ketidakpuasan dalam hubungan seksual mendatangkan pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan perasaan, kemurungan, kedinginan, sukar tidur, mudah marah, migraine, kelesuan, tiada mood dan secara tidak langsung memberi kesan negatif terhadap kasih sayang serta kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Dari sudut psikologi, anak yang lahir hasil hubungan suami isteri yang tidak disertai perasaan kasih sayang akan mewarisi nilai-nilai negatif seperti tidak menghormati dan mengasihi ibubapanya. Justeru itu hubungan seksual antara suami isteri jangan diambil mudah atau dilakukan kerana terpaksa disebabkan bebanan tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
"Jika salah saorang mempunyai masalah, pupuk dan rawatlah diri anda untuk menerima kenikmatan hubungan seks dengan tahap maksima kerana melalui hubungan seks anda akan menikmati kebahagian rumah tangga yang sebenarnya" kata Dr Norhisham.

Selain suami yang banyak memainkan peranan untuk membangkitkan ghairah, isteri juga turut berperanan menentukan kebahagian rumah tangga. Bukan sahaja bijak menguruskan rumah dan mendidik anak, isteri juga perlu bijak memikat suami melalui hubungan seksual dengan rangsangan yang mampu membangkitkan ghairah dan memberikan kepuasan kepada suami.
"Hubungan seks adalah kepuasan yang cukup unik bagi setiap pasangan suami isteri. Faraj dan zakar adalah bahagian organ manusia yan mudah sensitif dan terangsang. Namun jika gagal, seks menjadi hampa dan pasti ada yang kecewa dengannya malah menyakitkan wanita serta menghantui perasaan kedua pasangan untuk mengulanginya" katanya lagi yang berpendapat seks bukanlah sesuatu yang menyakitkan jika suami dan isteri tahu peranan masing-masing dalam melakukan hubungan seks.

Tubuh sihat dengan melakukan seks.Menurut Dr. Nirhisham, dengan melakukan seks dan ketika mencapai kenikmatan yang diingini oleh pasangan, ia adalah satu cara untuk melahirkan tubuh yang sihat. "Dalam badan kita terdapat bermacam 'racun' yang tidak diperlukan oleh badan. Justeru itu apabila melakukan seks baik wanita atau lelaki mereka akan menggunakan segala tenaga dalam badan ketika ingin mencapai klimaks. Jadi tenaga yang 'dibuang' itu secara tidak langsung telah membuang segala bahan dalam badan yang tidak diperlukan. Oleh itu selepas sahaja selesai melakukan hubungan seks, kita akan mendapati sakit kepala atau rasa tidak puashati atau tekanan tidak ada lagi. Dan bagi saya keadaan ini akan bertambah bertambah berkesan jika kedua-dua pasangan melakukannya dengan rasa penuh kasih sayang dan bukannya dalam keadaan terpaksa atau dipaksa" tegas Dr. Norhisham yang percaya kesihatan seseorang boleh dinilai daripada hubungan seksual seseorang.

Alga Love Oil memberi nafas baru kepada isteri, buat suami tersenyum selalu.Apabila sistem seksual seorang wanita terganggu atau tidak stabil kerana faktor pemakanan, penjagaan kebersihan dan sebagainya, berkemungkinan besar sistem seksual lelaki akan turut mengalami gangguan, seterusnya menjejaskan hubungan seksual kedua-duanya. Oleh itu, setiap wanita perlu memastikan sistem seksualnya berfungsi dengan baik agar masalah kesihatan kedua-dua pihak dapat diatasi.

Kahadiran Alga Love Oil dengan ekstraks asli 100% alga (sejenis rumpai dasar laut yang dipertenagakan denga rakaman gelombang infrasonik - menyamai gelombang di bahagian kelenjar pineal dalam otak) dapat membantu memulihkan dan meningkatkan kepekaan sel-sel saraf di bahagian alat kelamin supaya tidak merosot dengan peningkatan usia.
Produk yang berkonsepkan kesihatan melalui seksual ini adalah yang pertama di Dunia seumpamanya dan bakal menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia untuk meningkatkan sistem immuniti, mengatasi tekanan emosi, haid tidak menentu, senggugut, keputihan, kelesuan, tekanan darah tidak normal, imsonia, memlihara rambut dan sebagainya. Ia juga berupaya membantu membaikpulih hormon kesuburan bagi membantu pasangan yang masih tidak mempunyai anak atau anak yang lahir selalu mengalami kecacatan.

Inilah hakikat kesuburan pada wanita. Adalah tidak wajar untuk terus mempersalahkan lelaki kerana kromosom XY yang dimilikinya hanya untuk menentukan jenis jantina bayi.
Selagi formula rawatan kesuburan hormon tiruan yang anda amalkan tidak dapat merangsang sistem kelenjar pineal, maka selagi itulah anda tetap tidak berjaya untuk tujuan tersebut.
Kelenjar pineal adalah terletaknya rahsia mahkota kesuburan pada wanita. Formula ciptaan terbaru ini dengan teknologi tercanggih merakam gelombang spiritual bunga-bungaan dapat merangsang kelenjar pineal.
TEL/SMS doctormisteri 013 6667743 email/sms doctormisteri@yahoo.com

SERI PENGANTIN

SERI PENGANTIN

Artikel Majalah RIAS - No. 2

Majalah RIAS - September 1999Ruangan Kecantikan

Miliki Seri Wajah Pengantin Oleh: Azimah Omar

Setiap pengantin harus kelihatan berseri. Mungkin sebab itulah para tetamu ingin menatap wajah pengantin untuk melihat betapa ‘berserinya’ dia. Jika tidak, mereka akan menyangka yang bukan-bukan – warna baju tidak sesuailah, gaya solekan tidak menyerlah wajah atau mak andam tidak pandai…….
Anda sendiri boleh berusaha untuk kelihatan berseri. Satu keadah terkini yang boleh anda cuba di rumah ialah set Seri Wajah, rumusan ciptaan Dr. Norhisham Wahab dari Colour Vibration Therapy. Amalan Seri Wajah dikatakan sungguh mudah diikuti dan berkesan menyerlahkan penampilan si pengamal. Set ini mengandungi sebotol pencuci muka dan sebotol minyak aromatherapy. Selepa mencuci muka dengan pencuci tea tree , campurkan satu titis minyak aromatherapy kedalam semangkuk air yang telah diletak seketul ais supaya sejuk. Sapu pada seluruh muka, anda dapat cium baunya yang harum. Anda pasti berasa ceria.

Kini anda tidak perlu lagi mencari dan memetik bunga-bunga tertentu pada bulan mengambang supaya lebih berkesan. Yang seronoknya anda boleh melakukan mandi bunga pada bila-bila masa! Namun waktu malam didapati lebih berkesan kerana kulit menjadi deria paling penting ketika ini untuk proses membaik pulih menerusi bulu roma sebagai penerima rangsangannya. Menurut Dr. Norhisham terdapat satu medan getaran tinggi dipanggil cahaya dalaman bagi membongkar rahsia ‘ warna dalaman’. Inilah seri anda.

Set Seri Wajah dirumus secara saintifik di dalam makmal untuk merangkap getaran tenaga bunga waktu bulan mengambang, kata Dr. Norhisham. Ia kemudian diuji secara dermatologi, dengan tahap risiko yang amat kecil. Bahan pelembab pengandungi liposome yang menyerap jauh kedalam lapisan-lapisan kulit atas. Ia mampu merangsang vitamin dan asid amino bagi melembap, melindungi dan membaharui kulit secara maksimum. Ia mengandungi 1,001 kegunaan bagi mereka yang tahu rahsia di sebalik misteri gelombang tenaga getaran bunga-bungaan.
Seri Wajah mampu merangsang hormon kecantikan yang terpendam dalam bahagian kesuburan wanita dan lelaki. Rahsia kegelapan malam dengan sinar UV bertindak merangsang hormon melalui sel-sel kulit muka semasa tidur. Tenaga getaran bunga-bungaan yang diberi rangsangan yang sama frekuensi dengan sistem otak mencapai tahap hormonis bagi sistem tubuh berfungsi ke paras optimum.

TEL/SMS doctormisteri 013 6667743 email/sms doctormisteri@yahoo.com