Thursday, March 27, 2008

Emotional Quotient (EG)



Emotional Quotient (EQ)

Penjana kematangan dengan rahsia kebijaksanaan emosi melalui pemikiran otak kanan terutama bagi kanak-kanak. Pencetus kepada getaran semulajadi bahagian otak sebagai penyimpan segala memori sebelum dikeluarkan semula melalui proses yang tepat, pantas dan menyeluruh. Membantu meningkatkan daya dan tenaga terpendam di dalam tubuh di samping fizikal bagi mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

EQ amat bermanfaat untuk memperbaiki diri kanak-kanak sehingga ke tahap spiritual dan emosi yang mempengaruhi jiwa dan akal supaya lebih matang dan bijaksana di samping membina keperibadian mulia seperti menghormati diri dan orang lain malah alam sekeliling, menghargai kehidupan, berkesantunan, mengamalkan nilai-nilai murni kehidupan dan yang paling penting ialah memahami dan menghayati rahsia penciptaan oleh Maha Pencipta, Allah SWT.

Kaedah penggunaan :
Semburkan 3-5 kali ke dalam mulut atau di bawah lidah (Ulangkan 3 kali sehari). Gunakan menurut hari yang ditetapkan pada setiap botol iaitu waktu siang terdapat 7 botol mewakili setiap hari dan untuk waktu malam juga terdapat 7 botol yang digunakan pada sebelah malam.
Amalkan penggunaan EQ setiap hari. Kesan maksimum bagi kanak-kanak sebelum usia 15 tahun, namun boleh juga diambil oleh orang dewasa.

Belajar Melalui Jiwa / Imaginasi / Visual
Terdapat dua bahagian / hemisfera otak iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia. Terdapat individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kanan dan terdapat juga individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri. Gaya pemikiran otak kanan adalah lebih bebas dan rawak, lebih menyeluruh (holistik), intuisi, subjektif, sintesis dan abstrak. Gaya pemikiran otak kiri pula lebih kepada logik, rasional, analitik, objektif, berturutan dan spesifik. Ilmu yang mudah dilihat banyak menggunakan otak kiri contohnya ialah ilmu matematik dan ilmu yang berkaitan dengan otak kanan ialah ilmu seni muzik, sastera dan lukisan. Walau bagaimanapun, terdapat juga ilmu-ilmu yang menggabungkan pemikiran otak kiri dan kanan seperti ilmu-ilmu sains fizik, kimia, astronomi dan falsafah.
Jika dilihat daripada sudut pendidikan, kebanyakan sistem pendidikan yang terdapat di dunia lebih menjurus kepada aliran pemikiran otak kiri. Para pelajar di seluruh dunia dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan satu-satu tindakan berdasarkan logik, rasional dan yang mendapat pulangan materi semata-mata. Ciri-ciri pemikiran otak kiri lebih ketara apabila pelajar memasuki gerbang universiti. Jika dikategorikan dalam ilmu teknik berfikir, gaya berfikir menggunakan otak kiri ini bolehlah dikelaskan sebagai gaya pemikiran vertikal. Gaya berfikir seperti ini sangat-sangat memerlukan sebab-sebab rasional dan logik; segala keputusan mesti berdasarkan sebab dan akibat, pengalaman-pengalaman yang lalu dan mesti mempunyai rujukan; setiap idea mesti berasaskan logik dahulu kemudian baru boleh dilaksanakan.
Ringkasnya, segala idea dan imaginasi akan dikongkong oleh logik dan rasional. Para pelajar tidak akan bebas berfikir dan tidak mampu dan tidak berani melahirkan idea-idea baru apatah lagi idea-idea yang amat bertentangan dan dianggap pelik oleh individu-individu yang berfikiran konvensional. Fikiran konvensional adalah fikiran yang berasaskan pendapat-pendapat lama yang telah kukuh dan diterima ramai sebelum ini. Jika ada idea-idea baru yang dilahirkan pun hanyalah berbentuk inovatif atau ‘improvement’ daripada idea-idea sebelum ini, bukan berbentuk kreatif.

Boleh jadi pelajar, boleh cemerlang dalam akademik tetapi mungkin mereka tidak akan menghargai apa yang telah dipelajari. Sekiranya para pelajar dilatih lebih menggunakan otak kanan, mereka akan menjadi lebih kreatif dalam mengeluarkan idea. Idea-idea yang dilahirkan adalah lebih bebas, abstrak dan tidak terkongkong oleh fikiran-fikiran lama / konvensional.
Berbeza daripada corak pemikiran otak kiri, dalam gaya pemikiran otak kanan, logik dan rasional akan menyokong imaginasi bukan imaginasi menyokong logik dan rasional. Di dalam ilmu teknik berfikir, gaya pemikiran otak kanan ini dikenali sebagai gaya pemikiran lateral. Jika gaya pemikiran ini diterapkan dengan lebih sistematik di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan tinggi, maka kemajuan teknologi sudah pasti akan lebih terkehadapan daripada yang kita lihat hari ini.

Adalah tidak mustahil untuk melahirkan idea-idea yang tepat dengan menggunakan imaginasi tanpa melihat dengan lebih teliti tentang sesuatu perkara asalkan seseorang individu itu mempunyai asas yang cukup kukuh dalam sesuatu ilmu itu. Sebagai contoh, pada abad ke–12, terdapat seorang tokoh perubatan Islam yang amat terkenal di Mesir bernama Ibnu An-Nafis.
Ibnu An-Nafis adalah amat terkenal sebagai orang yang pertama di dunia yang menemukan peredaran darah dalam tubuh manusia. Beliau telah menggambarkan dengan tepat bagaimana darah dalam tubuh beredar daripada jantung ke paru-paru dan seterusnya kepada seluruh sistem-sistem tubuh yang lain. Anehnya ialah beliau tidak pernah membedah satu pun mayat manusia seumur hidupnya.

Jadi bagaimanakah beliau boleh menemukan idea ini ? Sudah tentulah beliau menggunakan imaginasinya setelah mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang perubatan. Beliau juga banyak membuat kritikan, ulasan dan pembetulan-pembetulan daripada ilmu-ilmu perubatan dari zaman Yunani seperti Galen dan juga tokoh-tokoh Islam lain seperti Al-Razi dan Ibnu Sina.

Kesimpulan, teknik pembelajaran secara menghafal tidak pratikal kerana lumrahnya apa yang dihafal itu akan luput daripada ingatan jika ia tidak diperlukan. Sebaliknya pembelajaran dengan menggunakan semua sistem deria iaitu mata, telinga, kulit, hidung dan lidah dapat merangsang daya berfikir (secara semula jadi).

Dalam hubungan ini CVT menerusi formula E.Q - E.Quotient iaitu larutan berasaskan air mengandungi hidrogen dan nitrogen memberikan tenaga dan khasiat kepada otak seperti susu ibu. E.Q - E.Quotient perlu disemburkan pada lidah akan memberi rangsangan kepada otak dengan lebih teratur yang secara tidak langsung menggalakkan individu itu menggunakan daya imaginasi serta visual mereka untuk belajar. E.Q - E.Quotient juga mengandungi magnesium, fosforus, potassium bagi dijadikan tenaga untuk merangsang sistem deria.
TEL/SMS doctormisteri 013 6667743 atau email / ym doctormisteri@yahoo.com

KEBAHGIAAN SEXUAL

Artikel Majalah Perempuan - No. 1

Februari 2002 - Ruangan Seks & Perkahwinan

'Kebahagian Seksual Penawar Segala Penyakit' - Dr NorhishamOleh Zainora Zakaria

Perasaan kasih sayang adalah satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Salah satu faktor utama yang menyuburkan kasih sayang adalah melalui hubungan seksual pasangan suami isteri. Hubungan seksual suami isteri yang disertai dengan perasaan kasih sayang juga adalah juga suatu rawatan semulajadi yang sediada dalam diri untuk kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual, demikian menurut Dr. Norhisham Wahab pakar pengamal perubatan 'Gelombang dan Warna' (Colour Vibration Therapy).

Kepuasan seks yang dinikmati oleh setiap pasangan ternyata mempunyai satu keajaiban dalaman seseorang. Ia mampu menghindari masalah tekanan, sakit kepala, marah, malah memberikan keceriaan dan penampilan serta rahsia awet muda. Ketidakpuasan dalam hubungan seksual mendatangkan pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan perasaan, kemurungan, kedinginan, sukar tidur, mudah marah, migraine, kelesuan, tiada mood dan secara tidak langsung memberi kesan negatif terhadap kasih sayang serta kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Dari sudut psikologi, anak yang lahir hasil hubungan suami isteri yang tidak disertai perasaan kasih sayang akan mewarisi nilai-nilai negatif seperti tidak menghormati dan mengasihi ibubapanya. Justeru itu hubungan seksual antara suami isteri jangan diambil mudah atau dilakukan kerana terpaksa disebabkan bebanan tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
"Jika salah saorang mempunyai masalah, pupuk dan rawatlah diri anda untuk menerima kenikmatan hubungan seks dengan tahap maksima kerana melalui hubungan seks anda akan menikmati kebahagian rumah tangga yang sebenarnya" kata Dr Norhisham.

Selain suami yang banyak memainkan peranan untuk membangkitkan ghairah, isteri juga turut berperanan menentukan kebahagian rumah tangga. Bukan sahaja bijak menguruskan rumah dan mendidik anak, isteri juga perlu bijak memikat suami melalui hubungan seksual dengan rangsangan yang mampu membangkitkan ghairah dan memberikan kepuasan kepada suami.
"Hubungan seks adalah kepuasan yang cukup unik bagi setiap pasangan suami isteri. Faraj dan zakar adalah bahagian organ manusia yan mudah sensitif dan terangsang. Namun jika gagal, seks menjadi hampa dan pasti ada yang kecewa dengannya malah menyakitkan wanita serta menghantui perasaan kedua pasangan untuk mengulanginya" katanya lagi yang berpendapat seks bukanlah sesuatu yang menyakitkan jika suami dan isteri tahu peranan masing-masing dalam melakukan hubungan seks.

Tubuh sihat dengan melakukan seks.Menurut Dr. Nirhisham, dengan melakukan seks dan ketika mencapai kenikmatan yang diingini oleh pasangan, ia adalah satu cara untuk melahirkan tubuh yang sihat. "Dalam badan kita terdapat bermacam 'racun' yang tidak diperlukan oleh badan. Justeru itu apabila melakukan seks baik wanita atau lelaki mereka akan menggunakan segala tenaga dalam badan ketika ingin mencapai klimaks. Jadi tenaga yang 'dibuang' itu secara tidak langsung telah membuang segala bahan dalam badan yang tidak diperlukan. Oleh itu selepas sahaja selesai melakukan hubungan seks, kita akan mendapati sakit kepala atau rasa tidak puashati atau tekanan tidak ada lagi. Dan bagi saya keadaan ini akan bertambah bertambah berkesan jika kedua-dua pasangan melakukannya dengan rasa penuh kasih sayang dan bukannya dalam keadaan terpaksa atau dipaksa" tegas Dr. Norhisham yang percaya kesihatan seseorang boleh dinilai daripada hubungan seksual seseorang.

Alga Love Oil memberi nafas baru kepada isteri, buat suami tersenyum selalu.Apabila sistem seksual seorang wanita terganggu atau tidak stabil kerana faktor pemakanan, penjagaan kebersihan dan sebagainya, berkemungkinan besar sistem seksual lelaki akan turut mengalami gangguan, seterusnya menjejaskan hubungan seksual kedua-duanya. Oleh itu, setiap wanita perlu memastikan sistem seksualnya berfungsi dengan baik agar masalah kesihatan kedua-dua pihak dapat diatasi.

Kahadiran Alga Love Oil dengan ekstraks asli 100% alga (sejenis rumpai dasar laut yang dipertenagakan denga rakaman gelombang infrasonik - menyamai gelombang di bahagian kelenjar pineal dalam otak) dapat membantu memulihkan dan meningkatkan kepekaan sel-sel saraf di bahagian alat kelamin supaya tidak merosot dengan peningkatan usia.
Produk yang berkonsepkan kesihatan melalui seksual ini adalah yang pertama di Dunia seumpamanya dan bakal menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia untuk meningkatkan sistem immuniti, mengatasi tekanan emosi, haid tidak menentu, senggugut, keputihan, kelesuan, tekanan darah tidak normal, imsonia, memlihara rambut dan sebagainya. Ia juga berupaya membantu membaikpulih hormon kesuburan bagi membantu pasangan yang masih tidak mempunyai anak atau anak yang lahir selalu mengalami kecacatan.

Inilah hakikat kesuburan pada wanita. Adalah tidak wajar untuk terus mempersalahkan lelaki kerana kromosom XY yang dimilikinya hanya untuk menentukan jenis jantina bayi.
Selagi formula rawatan kesuburan hormon tiruan yang anda amalkan tidak dapat merangsang sistem kelenjar pineal, maka selagi itulah anda tetap tidak berjaya untuk tujuan tersebut.
Kelenjar pineal adalah terletaknya rahsia mahkota kesuburan pada wanita. Formula ciptaan terbaru ini dengan teknologi tercanggih merakam gelombang spiritual bunga-bungaan dapat merangsang kelenjar pineal.
TEL/SMS doctormisteri 013 6667743 email/sms doctormisteri@yahoo.com

SERI PENGANTIN

SERI PENGANTIN

Artikel Majalah RIAS - No. 2

Majalah RIAS - September 1999Ruangan Kecantikan

Miliki Seri Wajah Pengantin Oleh: Azimah Omar

Setiap pengantin harus kelihatan berseri. Mungkin sebab itulah para tetamu ingin menatap wajah pengantin untuk melihat betapa ‘berserinya’ dia. Jika tidak, mereka akan menyangka yang bukan-bukan – warna baju tidak sesuailah, gaya solekan tidak menyerlah wajah atau mak andam tidak pandai…….
Anda sendiri boleh berusaha untuk kelihatan berseri. Satu keadah terkini yang boleh anda cuba di rumah ialah set Seri Wajah, rumusan ciptaan Dr. Norhisham Wahab dari Colour Vibration Therapy. Amalan Seri Wajah dikatakan sungguh mudah diikuti dan berkesan menyerlahkan penampilan si pengamal. Set ini mengandungi sebotol pencuci muka dan sebotol minyak aromatherapy. Selepa mencuci muka dengan pencuci tea tree , campurkan satu titis minyak aromatherapy kedalam semangkuk air yang telah diletak seketul ais supaya sejuk. Sapu pada seluruh muka, anda dapat cium baunya yang harum. Anda pasti berasa ceria.

Kini anda tidak perlu lagi mencari dan memetik bunga-bunga tertentu pada bulan mengambang supaya lebih berkesan. Yang seronoknya anda boleh melakukan mandi bunga pada bila-bila masa! Namun waktu malam didapati lebih berkesan kerana kulit menjadi deria paling penting ketika ini untuk proses membaik pulih menerusi bulu roma sebagai penerima rangsangannya. Menurut Dr. Norhisham terdapat satu medan getaran tinggi dipanggil cahaya dalaman bagi membongkar rahsia ‘ warna dalaman’. Inilah seri anda.

Set Seri Wajah dirumus secara saintifik di dalam makmal untuk merangkap getaran tenaga bunga waktu bulan mengambang, kata Dr. Norhisham. Ia kemudian diuji secara dermatologi, dengan tahap risiko yang amat kecil. Bahan pelembab pengandungi liposome yang menyerap jauh kedalam lapisan-lapisan kulit atas. Ia mampu merangsang vitamin dan asid amino bagi melembap, melindungi dan membaharui kulit secara maksimum. Ia mengandungi 1,001 kegunaan bagi mereka yang tahu rahsia di sebalik misteri gelombang tenaga getaran bunga-bungaan.
Seri Wajah mampu merangsang hormon kecantikan yang terpendam dalam bahagian kesuburan wanita dan lelaki. Rahsia kegelapan malam dengan sinar UV bertindak merangsang hormon melalui sel-sel kulit muka semasa tidur. Tenaga getaran bunga-bungaan yang diberi rangsangan yang sama frekuensi dengan sistem otak mencapai tahap hormonis bagi sistem tubuh berfungsi ke paras optimum.

TEL/SMS doctormisteri 013 6667743 email/sms doctormisteri@yahoo.com

VOCAL MODULATOR

Vocal Modulator
"Penyelesaian masaalah suara kini telah ditemui"
Vocal Modulator merupakan penyediaan bahan berasaskan kepada aromaterapi (pati bunga) Seri Wajah yang dipertenagakan dengan frekuensi atau ukuran gelombang pada aras tiroid dan peti suara (korda vokal). Fungsi utamanya ialah memperbaiki suara sebagai suatu bentuk tenaga bunyi yang amat banyak berkaitan dengan berbagai aspek atau fungsi kehidupan seperti berkomunikasi, aktiviti syarahan, tilawah AlQuran, berpidato, bersyair, bernyanyi dan banyak lagi. Di samping itu, bicara suara akan lebih terkawal di dalam kesantunan dan budi-bahasa, perkataan yang positif serta lebih bermanfaat di sebarang ruang dan masa. Namun di sebalik mutu suara dapat diperbaiki dan dipertingkatkan, fungsi korda vokal pula amat sinonim dengan aktiviti kelenjar tiroid yang mengawal komunikasi di antara organ-organ tubuh. Dengan ini, di samping suara menjadi lebih enak/lunak diluah dan didengar, sistem tubuh juga dapat menjalankan fungsinya dalam keharmonian dan keseimbangan. Pelbagai masaalah kesihatan seperti penyakit tulang, sistem pembiakan dan juga kelemahan kelenjar pituitari dapat diatasi.

Faktor bunyi sebagai tenaga yang membentuk amat relatif dengan pembentukan susuk tubuh yang langsing dan berstruktur secara tersusun dan seimbang.
Inilah formula yang dapat menguasai banyak ruang-ruang pembentukan jisim serta tenaga di dalam rahsia bunyi-bunyian harmoni.
Kaedah Penggunaan:
Gunakan setitik bersama air sejuk dan disapu ke seluruh wajah sehingga ke ubun-ubun, di belakang telinga dan di bawah dagu, serta diminum. Ulangkan sekerap mungkin untuk kesan yang maksimum. Penggunaan yang konsisten terutama bagi tempoh tujuh hari pertama amat dititikberatkan.
Formula untuk semua, lelaki dan wanita serta kanak-kanak.
Amat sesuai untuk:
Pemidato, pensyarah, guru, pembaca berita, pembaca AlQuran, pelakon, penyanyi, ahli kaunseling dan motivasi, penyair, jurujual dan lain-lain, malah untuk semua bagi komunikasi sejagat.
TEL / SMS doctormisteri 013 6667743 atau email/ym doctormisteri@yahoo.com

GARAM BOOSTER

Garam Booster
Garam rendah sodium dan tinggi potassium untuk kesihatan tubuh melalui kelancaran sistem darah. Membantu meringankan masaalah darah tinggi selain meningkatkan kandungan oksigen dalam darah. Menyeimbangkan keadaan berasid, selain menjadi agen detoksifikasi dan menyingkirkan toksid daripada tubuh dalam masa yang singkat.
Semua deria rasa yang membabitkan kerja-kerja enzim dan metabolisma akhirnya akan dikesani oleh rasa masin.
Medan masin atau garam dalam pemakanan adalah langkah pertama menghantar isyarat ke otak agar enzim dapat dirembeskan pada sistem penghadaman.
Garam adalah sangat baik untuk penyebaran keasidan daripada sel tubuh, dengan sebahagiannya sel otak
Garam baik untuk keseimbangan kadar gula di dalam darah sebagai elemen keperluan dalam merawat penyakit seperti diabetes.
Garam adalah untuk penjanaan tenaga hidroelektrik di dalam sel tubuh. Ia digunakan sebagai penjanaan kuasa dalaman pada penggunaan tenaga yang diperlukan oleh sel
Garam baik untuk komunikasi dan pemprosesan maklumat sel saraf pada sepanjang masa sel otak bekerja sejak hidup hinggalah ke penghujung usia.
Garam baik untuk penyerapan partikel makanan melalui laluan intestin.
Garam adalah baik untuk pembersihan paru-paru daripada sumbatan mukus dan likatan sebahagiannya dalam asma dan fibrosis sistic
Garam adalah baik untuk membersihkan katarrh dan sinus
Garam adalah antihistamine semulajadi yang kuat
Garam adalah keperluan untuk melindungi daripada kekejangan otot
Garam baik untuk melindungi pengeluaran air liur basi yang keluar ketika tidur. Kerap mengeluarkan air liur basi menandakan kekurangan garam
Garam sangat berkesan untuk pembinaan struktur tulang. Garam di dalam tulang adalah sebanyak 27% daripada keseluruhan garam tubuh. Tulang juga terdiri daripada 22% air. Osteoporosis dalam keadaan utama, adalah hasil kekurangan garam dan air dalam tubuh.
Garam baik untuk pengaturan tidur, ia adalah hypnotic semulajadi
Garam adalah elemen keperluan untuk merawat diabetes
Garam apabila diletakkan di atas lidah akan menghentikan kehadiran batuk kering.
Garam adalah perlindungan baik daripada gout dan arthritis
Kaedah penggunaan :
Garam ini sebaik-baiknya diambil pada waktu pagi iaitu selepas daripada bangun tidur. Campurkan secubit garam ini ke dalam segelas air yang tidak dimasak untuk diminum. Amalkan setiap hari. Untuk tujuan pemecahan lemak-lemak pada badan, gunakan dengan kerap iaitu 5-7 kali sehari setiap kali sebelum mengambil sebarang makanan.

Amalan Pengambilan Garam pada waktu Subuh
Pengambilan garam juga perlu dikaitkan dengan waktunya. Garam amat bergetar iaitu resonan pada waktu awal pagi (subuh) di atas sebab frekuensinya yang bersamaan dengan alam yang berwarna biru muda pada ketika itu. Justeru pengambilan sedikit garam dengan konsisten setiap awal pagi adalah sangat bermanfaat kepada tubuh. Ini juga adalah salah satu sunnah atau perjalanan Rasulullah SAW sebagai tatacara hidup yang sesuai sepanjang zaman. Rahsia biru muda (cyan) adalah sifat penapisan daripada segala bentuk keburukan dalam berbagai aspek yang kita akan hadapi pada waktu seterusnya.

TEL/SMS doctormisteri 013 6667743 email /ym doctormisteri@yahoo.com

TEA TREE


Tea Tree Cleanser
Tea Tree Cleanser CVT telah dipertenagakan dengan gelombang tenaga bunga yang menyamai frekuensi yang terdapat pada wajah yang bertindak sebagai pengionan semula jadi (ion-ion negatif). Ia dapat mengembalikan kestabilan sel-sel pada kulit muka, menjadikannya lebih segar dan kelihatan lebih berseri. Ia sebagai bahan pelembab khusus merangsang vitamin E yang tidak aktif di bawah kulit dan asid amino dan menyerap lebih jauh bagi menghidratkan, melindungi dan membaharui kulit dengan maksimum.
Kaedah penggunaan :
Tea Tree Cleanser sebagai agen pembersihan kulit sama seperti sabun atau syampu atau pencuci muka yang biasa digunakan. Hanya perlu buihkan di tapak tangan dengan 2 – 3 titik dan cucilah muka atau bahagian yang ingin kita bersihkan. Kemudian bilas semula. Bagi mereka yang menghidapi masalah sakit kulit, gunakan pati Tea Tree Cleanser ini dengan kerap di tempat yang dijangkiti. Amalkan setiap hari. (Untuk kegunaan luaran sahaja)
TEL/SMS doctormisteri 013 6667743 email / ym doctormisteri@yahoo.com

ALFA SHOUSMA FOR WOMEN

Alga Shoushma For Women
Rahsia Kebahagian Suami-Isteri
100% ekstrak organik semulajadi melalui kajian saintifik dan ujian klinikal. Meningkatkan rangsangan hubungan seksual suami-isteri untuk keharmonian hidup berkeluarga. Tiada kesan sampingan malah membina kesihatan tubuh luaran dan dalaman melalui rahsia perubatan sejak 3000 tahun dahulu. Rahsia tersembunyi dari pelbagai jenis rumpair laut paling dalam kini sebagai perangsang sistem saraf yang amat menakjubkan.
Kaedah penggunaan :
Minyak Alga : Secara umumnya ia digunakan pada bahagian luar tubuh dengan kadar setitik setiap kali penggunaan. Untuk kesuburan, sapukan pada alat sulit wanita setiap hari sebanyak 2-3 kali dan jadikan amalan berterusan. Ia juga boleh diminum dengan mencampurkannya ke dalam air yang tidak dimasak dan amalkan setiap hari. Juga sesuai digunakan untuk merawat luka-luka kecil.
Hormonal Balance - Seperti formula NW, ia diambil secara berfasa menurut keperluan tubuh.

Aromatherapy Vibration


Haruman Kerohanian Diri Aromaterapi Sebenar
Rawatan era terkini di alaf baru dalam sifat warna melalui proses tafsiran otak ke atas gelombang magnetik dan elektromagnetik.

Rawatan berbagai penyakit melalui kecantikan kulit dan sistem kederiaan dengan menggunakan konsep Aromatherapy dan dengan teknik Hidroterapi Ais (Terunggul dan pertama di dunia)
Ekstrak bunga-bungaan dihasilkan melalui kajian dan adunan dari khazanah alam semula jadi yang kaya dengan khasiat diproses melalui teknologi makmal dan farmasi moden untuk meningkatkan kekebalan sistem imun, antibodi dan sistem hormon.
Ekstrak bunga-bungaan digabungkan dalam satu kombinasi pati bunga yang dirakam dengan gelombang bunyi menghasilkan getaran tenaga berfrekuensi rendah bagi mencapai tahap sifar (0 Hz) seterusnya meningkatkan tenaga magnetik sebagai kuasa dalaman tubuh (Will Power) secara semulajadi.
Ini adalah ramuan minyak pati bunga dicipta khusus bagi penjagaan kesihatan secara luaran dan dalaman melalui tenaga getaran wangian pada bunga-bungaan menerusi sistem neuro ke otak sebagai pengimbang semulajadi spritual, emosional, mental dan fizikal individu. Kesucian terjamin tanpa unsur kimia untuk kegunaan harian pada semua tahap usia.

Pati Bunga Yang Dirakam Semula Dengan Daya Magnetik
Pati bunga dengan daya magnetik bukanlah ‘ubat’ yang boleh menyembuhkan tetapi ia bertindak membantu tubuh menyembuhkan diri sendiri dengan merangsang pelbagai sistem tubuh dan organ untuk bekerja semula melalui aliran tenaga penyembuh semula jadi.
Pati bunga melalui terapi magnetik yang merangsang semula aliran tenaga magnetik akan bekerja secara langsung pada bahagian yang sakit.
Pati bunga yang telah dimagnetikkan tidak memerlukan diagnosis untuk mengesan bahagian yang lemah kerana daya magnetiknya berupaya mengesan terus dan mencari sasaran kawasan yang lemah malah merawat punca kepada terjadinya penyakit.
Ahli sains dan bijak pandai hari ini terpaksa mengakui bahawa badan kita yang disokong oleh berbagai struktur tulang terutamanya tulang belakang sebenarnya mengalirkan daya magnetik yang besar dan merupakan struktur yang terbina daripada beberapa unit magnet.
Seri Wajah mempunyai kadar gelombang yang sangat pendek bagi membolehkan setiap atom mampu dipengaruhi oleh deria.
Perlu diingat daya magnetik tidak hanya mengalir di dalam atau di luar tubuh tetapi juga beredar di dalam medan magnet yang disebut aura.
Aura atau medan magnetik yang kuat terhasil daripada tubuh seseorang amat berpengaruh dan menguasai aura di persekitaran tubuh. Oleh itu, semua jenis unsur kehidupan seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan akan ‘tunduk’ kepada kekuatan aura daripada tubuh seseorang yang bertenaga.

Bagaimana Seri Wajah Memainkan Peranan
Seri Wajah dapat mengimbangi getaran frekuensi otak tengah (Hipotalamus) yang mengawal Hormon DNA genetik kegemukan yang tidak dapat dibantu oleh pelbagai jenis steroid atau kimia pemakanan yang didakwa berkesan.
Otak bahagian tengah iaitu Hipotalamus berfungi mengawal daya tumpuan dan tekanan perasaan. Keseimbangan bahagian itu bermakna anda ceria. Keharmonian dalam mencari ketenangan secara langsung merangsang thyroid untuk meningkatkan kerja-kerja metabolisma dengan tahap iodin yang dapat merangsang zat-zat pemakanan terhasil menjadi tenaga semulajadi tubuh dan menghalang lemak yang tidak diperlukan.
Mengawal selera serta meningkatkan metabolisme bagi mengimbangi pengeluaran hormon (penting dalam penjagaan berat badan). Bertindak memelihara maskular (otot yang mengendur). Amat ketara membongkar toksin di dalam air kencing.
Juga menghalang penyimpanan air berlebihan di dalam tubuh melalui potassium. Mengurangkan keletihan, menambahkan kesegaran berfikir, merehatkan tidur dan menenangkan fikiran.
Sebenarnya terdapat berbagai cara menerapkan semula daya magnetik dengan menggunakan pati bunga Seri Wajah kepada bahagian tubuh badan kita.
Anda boleh menggunakan salah satu daripada kaedah berikut atau menurut keperluannya:
Sapuan 3 kali di wajah menggunakan tapak tangan dengan asas air bersama ais sebelum tidur pada waktu malam, boleh disertai dengan urutan ringan
Sapuan di seluruh tubuh sebelum tidur disusuli dengan berselimut di dalam ruangan atau bilik yang dingin dan gelap
Untuk mandian – Titiskan Seri Wajah ke dalam bekas air mandian (bersama ais), khususnya bagi bilasan-bilasan terakhir selepas mandi
Rendaman tubuh secara keseluruhan
Urutan ringan – menggunakan ais atau air sejuk bersama beberapa titik Seri Wajah pada bahagian yang diinginkan

Anda juga boleh mencuci wajah dengan Tea-Tree Cleanser dan selepas dibilas, sapukan Seri Wajah ke seluruh muka termasuk bahagian ubun-ubun, belakang cuping telinga dan di bawah dagu. Kulit wajah anda lebih segar malah bercahaya dalam rahsia awet muda.
Bukan itu sahaja, aura diri anda akan lebih bersinar mengiringi kehidupan anda.
Penggunaan secara rutin dan berterusan bagi meningkatkan kepekaan sistem kederiaan di dalam meningkatkan psikologi atau mengatasi masaalah:
Rasa percaya diri
Kepuasan jiwa
Iri hati – sedih
Curiga dan mudah tersinggung
Ragu-ragu
Ketidaksabaran
Menunda-nunda
Kejernihan dalam berfikir
Rasa benci dan dendam
Histeria
Perasaan kehilangan arah
Daya ingat
Konflik
Lesu
Rasa kebingungan
Rasa pengertian
Perasaan kosong

Kelebihan Aromaterapi Seri Wajah
Hanya manusia sahaja sebagai makhluk yang paling peka pada wangian, manakala syaitan/binatang/jin amat alah atau tewas pada wangian.
Wangian Seri Wajah memiliki manfaat yang beragam 1001. Cara kegunaan mulai dari pertolongan mempertingkatkan ‘Sirr’/Dinding/Perisai halus sehingga membangkitkan perasaan riang dan memulihkan tenaga/stamina.
Bagaimana untuk mengetahui ia telah memberi kesan kepada kita?
Mengubah dan menimbulkan berbagai reaksi pada perasaan kita.
Menimbulkan perasaan muda dan menyegarkan/tenang /relaksasi
Meredakan ketegangan/imsomnia
Sirkulasi darah lebih teratur dan menghilangkan rasa sukar bernafas
Memperbaiki masaalah pencernaan
Mengatasi kekejangan otot

Wangian Seri Wajah paling pantas dan tepat mengesan/menuju ke kawasan sasaran apabila digunakan. Bakteria akan terencat pada wangian. Manakala sel-sel hidup semula dengan wangian khususnya Seri Wajah.
Proses penyulingan adalah menggunakan wap/gas – unsur otak paling ringan.
Wap/cairan (distimkan) – akan keluar apabila dikenakan tekanan

Mandi wap atau stim yang berlebihan hanya akan mengeluarkan atau membocorkan aroma/haruman tubuh yang paling semula jadi. Sel-sel tubuh akan kehilangan tenaga vital yang semulajadi dengan mandian wap sebegini. Kesannya, sistem imun tubuh menjadi lemah dan begitu banyak alahan dan serangan/jangkitan penyakit boleh berlaku.
SMS/TEL DOCTORMISTERI 013 6667743 email /YM doctormisteri@yahoo.com

ALGA SHOUMA FOR MEN


Alga Shoushma For Men
Rahsia Kebahagian Suami-Isteri
Produk (alga) khusus untuk memulih dan membina kulit. Dirumus khas bagi lelaki iaitu sebagai penggalak dan pemangkin fungsi kelenjar pineal dan pituitari yang membantu keseimbangan hormon semua sistem tubuh. Ekstrak Herba Shoushma adalah makanan suplimen yang sungguh ajaib bagi maksud merangsang keinginan seksual yang mencetuskan keharmonian rumahtangga.
Kaedah penggunaan :
Alga Shousma Men (Minyak) digunakan dengan kaedah sapuan terutama pada bahagian alat sulit lelaki. Gunakan 1-2 titik alga ini dan sapukan dengan urutan lembut pada bahagian urat di bawah zakar dan ulangkan beberapa kali. Boleh juga disapu pada bahagian pinggang (belakang) atau pada bahagian yang sakit atau terseliuh. Sapukan ais terlebih dahulu pada bahagian berkenaan. Amalkan setiap hari ketika sebelum tidur.
Ekstrak Herba Shoushma (kapsul) boleh diambil sebiji untuk 2 hingga 3 hari bergantung kepada keperluan. Pengambilan paling sesuai ialah selepas waktu senja atau 2-3 jam sebelum bersama isteri. Sila minum air dengan kerap selepas mengambil formula ini. Kesan yang berlaku bergantung kepada individu dan ia adalah berbeza.

*Terkini! Formula (kapsul) ini kini sesuai dan digalakkan kepada pesakit kardiovaskular (jantung) bagi menguatkan otot jantung yang lemah.
SMS doctormisteri 013 6667743 email /YM doctormisteri.yahoo.com

Saturday, March 22, 2008

Pastikan nombor peribadi anda

Pastikan nombor peribadi anda"Fehhhh! Menarik nombor rumah itu," kata Ramey apabila terpandang tulisan No.1, Jalan Tempinis 1/1 – pada sebuah banglo. "Haiii! Ada juga manusia yang percaya nombor macam tu!" kata Zidan yang duduk di sebelah. Mereka sama-sama ketawa, sementara Ramey terus memandu. Kedua-dua sahabat itu terus membisu. Masing-masing memikirkan tentang nombor. Betulkah ada nombor membawa tuah dan yang lain tidak?
"Apa yang aku tahu, orang Cina cukup taksub dengan nombor 8 – ada ‘ong’ kata mereka," Ramey memecah kesunyiaan.
"Tapi apa yang aku dengar, jangan sebut itu pada orang India, ia lambang kematian," balas Zidan. Kedua-duanya serentak terkekeh-kekeh.
Bagaimanapun seorang ahli fizik, Prof.Dr. Norhisham Wahab mengaku melalui kajiannya ada nombor yang membawa keburukan dan kebaikan.
"Benar, nombor ada semangat atau tenaga semula jadi yang boleh membawa keburukan atau kebaikan. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.
"Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang," jelas Prof.Dr. Norhisham.
Pengasas rawatan terapi warna di Malaysia ini berpendapat, kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, insha-Allah dia akan berjaya.
"Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh," katanya berseloroh. Lalu Prof. Dr. Norhisham menghuraikan rahsia nombor dan kegunaannya hasil kajiannya itu. Menurut Prof. Dr. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah… tidak wujud penyesalan.
Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.
Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969à 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4.
Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggarankasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri.

GARAM BOOSTER

Garam rendah sodium dan tinggi potassium untuk kesihatan tubuh melalui kelancaran sistem darah. Membantu meringankan masaalah darah tinggi selain meningkatkan kandungan oksigen dalam darah. Menyeimbangkan keadaan berasid, selain menjadi agen detoksifikasi dan menyingkirkan toksid daripada tubuh dalam masa yang singkat.
Semua deria rasa yang membabitkan kerja-kerja enzim dan metabolisma akhirnya akan dikesani oleh rasa masin.
Medan masin atau garam dalam pemakanan adalah langkah pertama menghantar isyarat ke otak agar enzim dapat dirembeskan pada sistem penghadaman.
Garam adalah sangat baik untuk penyebaran keasidan daripada sel tubuh, dengan sebahagiannya sel otak
Garam baik untuk keseimbangan kadar gula di dalam darah sebagai elemen keperluan dalam merawat penyakit seperti diabetes.
Garam adalah untuk penjanaan tenaga hidroelektrik di dalam sel tubuh. Ia digunakan sebagai penjanaan kuasa dalaman pada penggunaan tenaga yang diperlukan oleh sel
Garam baik untuk komunikasi dan pemprosesan maklumat sel saraf pada sepanjang masa sel otak bekerja sejak hidup hinggalah ke penghujung usia.
Garam baik untuk penyerapan partikel makanan melalui laluan intestin.
Garam adalah baik untuk pembersihan paru-paru daripada sumbatan mukus dan likatan sebahagiannya dalam asma dan fibrosis sistic
Garam adalah baik untuk membersihkan katarrh dan sinus
Garam adalah antihistamine semulajadi yang kuat
Garam adalah keperluan untuk melindungi daripada kekejangan otot
Garam baik untuk melindungi pengeluaran air liur basi yang keluar ketika tidur. Kerap mengeluarkan air liur basi menandakan kekurangan garam
Garam sangat berkesan untuk pembinaan struktur tulang. Garam di dalam tulang adalah sebanyak 27% daripada keseluruhan garam tubuh. Tulang juga terdiri daripada 22% air. Osteoporosis dalam keadaan utama, adalah hasil kekurangan garam dan air dalam tubuh.
Garam baik untuk pengaturan tidur, ia adalah hypnotic semulajadi
Garam adalah elemen keperluan untuk merawat diabetes
Garam apabila diletakkan di atas lidah akan menghentikan kehadiran batuk kering.
Garam adalah perlindungan baik daripada gout dan arthritis
Kaedah penggunaan :
Garam ini sebaik-baiknya diambil pada waktu pagi iaitu selepas daripada bangun tidur. Campurkan secubit garam ini ke dalam segelas air yang tidak dimasak untuk diminum. Amalkan setiap hari. Untuk tujuan pemecahan lemak-lemak pada badan, gunakan dengan kerap iaitu 5-7 kali sehari setiap kali sebelum mengambil sebarang makanan.

Amalan Pengambilan Garam pada waktu Subuh
Pengambilan garam juga perlu dikaitkan dengan waktunya. Garam amat bergetar iaitu resonan pada waktu awal pagi (subuh) di atas sebab frekuensinya yang bersamaan dengan alam yang berwarna biru muda pada ketika itu. Justeru pengambilan sedikit garam dengan konsisten setiap awal pagi adalah sangat bermanfaat kepada tubuh. Ini juga adalah salah satu sunnah atau perjalanan Rasulullah SAW sebagai tatacara hidup yang sesuai sepanjang zaman. Rahsia biru muda (cyan) adalah sifat penapisan daripada segala bentuk keburukan dalam berbagai aspek yang kita akan hadapi pada waktu seterusnya

KENALI DIRI ANDA

KENALI DIRI ANDA